BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 2 March 2011

Pengenalan Dadah



Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

No comments:

Post a Comment